Bangkit, Berjuang, Menang

Mencapai kemenangan dalam sebuah perjuangan bukanlah semudah yang disangka. Ia tidak wajar diumpamakan seperti sebuah permainan bola sepak, yang mana keputusannya sudah diketahui usai 90 minit, exra-time atau penalti. Mencapai kemenangan dalam sebuah perjuangan Islam umpama perjuangan yang tidak diketahui kejayaanya, bila pula pengakhirannya.

Perkara ini telah pun ditunjukkan oleh para rasul sebelum ini. Nabi Muhammad SAW yang tega berjuang sehingga 23 tahun lamanya dalam usaha mengajak manusia ke arah kebaikan. Nabi Nuh AS berjuang selama 950 tahun berdakwah kepada kaumnya. Malahan contoh terdekat, Ikhwan Muslimin yang telah berjuang sejak 1928 sebelum mencapai kemenangan di Mesir pada hari ini.

Kitaran roda Islam itu sentiasa berputar. Maka berputarlah bersama roda Islam. Kadangkala ia di bawah, kanan, kiri dan kini kita dapat lihat dengan jelas pada hari ini bahawa kitaran itu berada di atas. Lambat atau cepat bukan persoalannya, tetapi di manakah kita di dalam fatrah kebangkitan Islam kini?

Kebangkitan Islam di Mesir menyaksikan kebangkitan golongan muda bersatu menjatuhkan rejim Mubarak. Tahniah rakyat Mesir atas kejayaan anda mengekspresikan suara rakyat. Malaysia juga tidak ketinggalan, menyaksikan gerakan Islam semakin mendapat tempat di hati pemuda2, artis, seniman malahan rakyat2 di Felda dan kampung-kampung.

Dalam dimensi kampus, mahasiswa perlu lebih berani untuk bangkit dan turut sama berada bersama masyarakat dan menyumbangkan tenaga fikiran mereka. “kami nak fokus belajar, takmo lari fokus”.. Ya, benar kata2 ini. Bukanlah dengan berada dalam masyarakat maka kita perlu lupakan belajar. Saya banyak berjumpa dengan beberapa tokoh yang cemerlang dalam akademik dan aktif bergerak dan terus berjaya dalam hidup dan kerjaya mereka. Maaf jika saya katakan kadangkala pointer mereka yang aktif dalam kepimpinan lebih tinggi berbanding mereka yang belajar semata pagi dan petang. Walaupun kadamgkala pointer mereka yg menjadi pemimpin agak rendah sedikit berbanding pelajar, tetapi pengalaman dalam kepimpinan adalah suatu emas yang takkan dapat dinilai oleh mana-mana Unit Peperiksaan dan Penilaian. Ianya adalah suatu yang terlalu bernilai.

Kesimpulannya, berdasarkan penulisan yang penuh kedhaifan ini, jelas bahawa kini adalah fatrah kebangkitan Islam. Ayuh sahabat2, kita bangkit, berjuang dan terus memacu kemenangan. TAKBIR!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s